EPL

Gordon ubi muda Liverpool

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Gordon (kanan) tampil kali pertama dalam usia 16 tahun bersama skuad Liverpool membantu kemenangan 3-0 ke atas Norwich City.

LIVERPOOL terus menonjolkan ubi muda dimilikinya menerusi pemain sayap, Kaide Gordon yang baru berusia 16 tahun dalam kesebelasan utama menentang Norwich City, awal pagi Rabu lalu.

Gordon pastinya akan mengingati detik berkenaan apabila tersenarai dalam skuad kedua The Reds selepas Jurgen Klopp menyenaraikan pemain berkenaan.

Bakat pemain ini nyata diintai penolong jurulatih iaitu Pep Lijnders sebelum memaklumkan prestasi serta bakat dimiliki Gordon.

“Sebelum pramusim, kami telah memantau bakat dimilikinya, bermula dengan U-23, jadi saya pergi ke tempat latihan untuk menonton.

“Saya melihat seorang pemain dan dia (Gordon) mempunyai rembatan setiap saat, melewati pemain seperti mereka tidak berdiri di sana

“Saya segera menelepon Klopp dan memaklumkan mereka memiliki pemain baru di sini!’

‘Dia tipikal sebagai pemain sayap kerana dia memiliki gol, dia memiliki kecepatan. Kami sangat menyukainya,” jelasnya.

Gordon menjalani debutnya sebagai penyerang sayap bersama Takumi Minamino dan Divock Origi .


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: