EPL

Bukan malam sempurna buat Liverpool – Klopp

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Origi diraikan rakan sepasukan selepas meledak gol kedua membantu kemenangan 3-0 ke atas Norwich City.

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan kemenangan 3-0 skuad bimbingannya ke atas Norwich City dalam saingan pusingan ketiga Piala Liga awal pagi tadi bukanlah aksi yang sempurna buat pasukan.

Beraksi di Carrow Road, Klopp membuat sembilan pertukaran ke atas skuad yang menewaskan Crystal Palace Sabtu lalu, dengan Kaide Gordon, 16, dan seorang lagi pemain remaja Conor Bradley diberikan penampilan sulung.

Penyerang Jepun, Takumi Minamino tidak menunggu lama untuk mencetak nama selaku penjaring gol pada minit ke-4 sebelum Divock Origi menggandakan kelebihan jaringan pada minit ke-50.

Minamino terus membuktikan ketajaman apabila menjaringkan gol ketiga buat pasukan ketika perlawanan berbaki 10 minit ditamatkan.

Bagi Klopp, hari ini bukan yang sempurna kerana terlalu banyak perubahan perlu dilakukan untuk mendapatkan keputusa yang tepat.

“Itu jelas. Kami bermula dengan sangat baik dan saya menyukainya – sangat agresif, sangat teruja, tetapi kami harus membuat banyak keputusan pada saat-saat terakhir,” tegasnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: