
ARKITEK berpengalaman Liverpool, Thiago Alcantara menyertai kelompok barisan pemain yang cedera dan bakal diketepikan dalam beberapa perlawanan seterusnya.
Selepas musim pertama yang hambar Anfield, Thiago kembali menyerlah ketika menentang Crystal Palace tetapi terpaksa dikeluarkan di pertengahan babak kedua ekoran kecederaan yang dialaminya.
Pemain Sepanyol itu kini sebaris bersama-sama Roberto Firmino, Trent Alexander-Arnold, Roberto Firmino, Neco Williams dan Harvey Elliott yang berada dalam senarai kecederaan.
Namun ada isyarat positif Alexander-Arnold akan kembali cergas untuk kunjungan Liga Perdana Inggeris ke Brentford Sabtu ini.
Begitu juga Williams dan Firmino juga semakin pulih, namun Elliot dijangka mengambil masa beberapa bulan lagi sebelum boleh beraksi.
Add Comment