EPL

Manchester City menang, United kalah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barisan pemain City meraikan gol tunggal yang dijaringkan Gabriel Jesus untuk mengatasi Chelsea.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

MANCHESTER City kembali bersaing dalam kelompok tiga teratas Liga Perdana Inggeris 2021/22 selepas menewaskan Chelsea 1-0 pada aksi di Stamford Bridge, sebentar tadi.

Anak buah Pep Guardiola yang sebelum itu berada dikedudukan kelima melonjak ke tangga kedua dibelakang Liverpool yang hanya akan beraksi awal pagi esok menentang Brenford digelanggang lawan.

Gol tunggal jaringan Gabriel Jesus pada minit ke-53 sudah cukup buat pelawat meraih tiga mata dan memadamkan rekod tanpa kalah tuan rumah selepas enam perlawanan.

Tiga mata yang diraih dari gelanggang lawan itu menyaksikan City mengumpul 13 mata selepas enam perlawanan dengan empat kemenangan, satu seri dan tewas sekali.

Chelsea yang sebelum ini berada di puncak liga terpaksa akur jatuh ke tangga ketiga dan mengumpul jumlah mata sama dengan City, namun kekurangan dari segi perbezaan jaringan.

Man United mengalami kekalahan pertama musim ini selepas enam perlawanan.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan di Old Trafford, Manchester United kecundang 0-1 ditangan Aston Villa hasil jaringan Kortney Hause pada minit ke 88.

Tuan rumah berpeluang menyamakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa kedua selepas diberikan sepakan penalti namun Bruno Fernandes gagal meletakkan bola dalam gawang untuk keputusan kekal dengan kemenangan kepada pelawat.

Kekalahan ini menyebabkan Man United turun ke tangga keempat selepas meraih empat kemenangan, satu seri dan kekalahan pertama dalam saingan liga.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: