
KURANG keyakinan ketika berdepan Manchester City antara faktor utama Chelsea tewas 0-1 buat kali pertama selepas enam perlawanan.
Pengendali The Blues, Thomas Tuchel berkata, pemainya beraksi dengan kurang keyakinan selain banyak melakukan kesilapan.
“Kami bermain dengan mentaliti yang kami bakal kehilangan sesuatu. Ia bukan persembahan yang baik untuk mendapat keputusan diinginkan.
“Menang bersama dan kami tewas bersama. Saya akan menilai keputusan saya sama ada ia percaturan yang betul tetapi saya tidak pasti ia menjadi faktor kepada keputusan perlawanan,” jelasnya.
Pada aksi dilaman sendiri malam tadi, Chelsea gagal melakukan percubaan tepat dan hanya ditewaskan oleh jaringan Gabriel Jesus sejurus selepas rehat.
Add Comment