EPL

Kami kecewa dengan keputusan ini – Henderson

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Henderson mengakui masih banyak perlu diperbaiki pasukan menjelang aksi seterusnya.

 

KAPTEN Liverpool, Jordan Henderson kecewa dengan kegagalan pasukannya meraih tiga mata penuh apabila diikat 3-3 berdepan Brentford, awal pagi tadi.

Tegasnya, dia dan rakan sepasukan menyedari bakal berdepan lawan yang sengit dan keputusan malam ini membuktikannya.

“Ini adalah permainan yang sengit, bermain di sini memang sukar. Suasana hebat dan mereka menyukarkan kami. Menang dua kali dan tidak mempertahankannya mengecewakan.

“Ketika mendahului 2-1, kami memiliki satu atau dua peluang untuk menyelesaikannya. Ini memberi mereka sedikit harapan.

“Kadang-kadang bola sepak seperti itu, kami kecewa dengan keputusan tetapi penghargaan perlu diberikan kepada Brentford,” kata Henderson kepada Sky Sports.

Tambahnya lagi, ada banyak ruang untuk penambahbaikan pada perlawanan seterusnya.

“Kami mengawal permainan dengan lebih baik pada babak kedua, tetapi sayangnya kami tidak dapat menamatkan perlawanan dengan kemenangan, ” katanya.

Keputusan seri yang diraih Liverpool meletakkan mereka masih di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dengan 14 mata dari enam perlawanan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: