EPL

Kecewa selepas digantung 18 bulan, Nasri umum bersara

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nasri menjulang trofi juara ketika bersama Manchester City.

BEKAS pemain bintang Arsenal dan Manchester City Samir Nasir mengumumkan persaraan kariernya pada usia 34 tahun.

Sepanjang kariernya bersama Man City musim 2011-12, Nasri berjaya membantu kelab menjulang trofi juara liga ketika di bawah pengurusan Roberto Mancini.

Manakala ketika bersama Arsenal, Nasri merekodkan aksi 46 kali dalam semua perlawanan ketika musim 2013-14.

Pemain tengah Perancis ini beraksi bersama kelab Belgium, Anderlecht sebagai aksi terakhir yang dilatih bekas rakan sepasukan ketika di CityVincent Kompany namun Nasri dilepaskan tahun lalu.

Nasri juga pernah bersama Arsenal ketika musim 2013-14.

Nasri yang kini menjadi konsultan untuk TV Perancis, channel + bermula bulan ini, memberitahu isu digantung 18 bulan berkaitan doping antara faktor utama dia membuat keputusan ini.

“Satu episod sangat melukakan saya dan mengubah hubungan dengan bola sepak – penggantungan saya.

“Saya dapati ia tidak adil, saya tidak mengambil sebarang produk (doping). Ia cuma suntikan vitamin kerana saya sakit. Ia (hukuman) telah menghentikan langkah saya.”


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: