EPL

Arteta dedikasi kemenangan buat penyokong


Arteta menyifatkan pasukan kini sedang membina hubungan yang erat dengan penyokong dan peminat.

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta menghadiahkan kemenangan 3-1 yang diraih ke atas Tottenham kepada penyokong yang sentiasa memberikan suntikan semangat buat pasukan dan dirinya.’

Baginya, dalam kehidupan perlu ada rasa syukur dan inilah apa yang saya rasai terhadap orang-orang (penyokong) yang terus menyokong kelab dan pemain.

“Ketika anda berusaha membina semula dan melakukan perkara yang betul, anda harus berpegang pada nilai yang anda miliki.  Sekarang kami membuat hubungan dengan peminat.

“Kami mempunyai tekad, tenaga dan kualiti yang hebat. Saya sangat menikmatinya. Saya melihat keyakinan pemain terhadap apa yang kami lakukan dalam latihan.

“Mereka mempunyai kualiti untuk mempraktikkannya,kemenangan ini adalah untuk mereka (penyokong),” katanya dipetik BBC.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading