EPL

Kekalahan ini tanggungjawab saya – Nuno


Spurs mengalami kekalahan ketiga berturut-turut dalam saingan EPL musim ini.

PENGURUS Tottenham Hotspur,  Nuno Espirito Santo tidak mahu mencari alasan kekalahan 1-3 kepada Arsenal dan mengambil tanggungjawab diatas keputusan yang diraih itu.

Spurs hadir ke Emirates dengan semangat bangkit dari dua kekalahan berturut-turut dalam saingan liga namun tiga gol jaringan pemain tuan rumah menerusi Emile Smith-Rowe pada minit ke-12, Pierre-Emerick Aubameyang (m-27) dan Bukayo Saka (m-37) memastikan lakaran hatrik diraih pelawat.

Nuno mengakui bahawa strategi pasukan tidak berjalan dengan baik, sehingga mereka kalah.

“Persembahan kami tidak bagus. Strategi kami tidak berjalan dengan baik. Keputusan yang kami buat semuanya salah. Ini bukan hari yang baik bagi kami. Jelas ini adalah hari yang buruk.

“Saya harus jujur. Apabila anda mempunyai rancangan, maka anda harus membuat keputusan yang tepat diatas padang.

” Saya bertanggungjawab kerana keputusan tidak berjalan sesuai dengan rancangan kami. Saya tidak mahu menyalahkan individu, tetapi memang rancangan kami tidak dapat dijalankan dengan baik oleh para pemain,” kata Nuno kepada BBC Sport.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: