
GABRIEL Agbonlahor mendesak Ahli Lembaga Kelab Manchester United supaya memecat Ole Gunnar Solskjaer.
Agbonlahor berkata, Solskjaer perlu digantikan dengan bekas pengurus Chelsea Antonio Conte selepas kekalahan 1-0 kepada Aston Villa Sabtu lalu.
United mencatat kekalahan pertama Liga Perdana musim ini bertemu Aston Villa di Old Trafford yang menyaksikan Bruno Fernandes gagal melaksanakan jaringan penalti sekaligus terlepas mengutip mata.
Rata-rata penyokong United tertanya-tanya mengapa Fernandes yang disuruh mengambil sepakan itu dan bukannya pakar penalti Cristiano Ronaldo.
Agbonlahor percaya bahawa Solskjaer kini kekeringan idea dan sudah tiba kelab menukarnya kepada Conte yang telah membuktikan kejayaan juara Liga Perdana di Stamford Bridge dan gelaran Serie A bersama Inter Milan musim lalu.
Add Comment