
LIGA Perdana Inggeris (EPL) mengambil inisiatif sendiri bagi mamastikan semua pemain mengambil suntikan vaksin Covid-19.
Pihak Liga Perdana telah memaklumkan kepada semua kelab mengenai rancangan untuk memberi ganjaran kepada pasukan-pasukan yang mencatat jumlah tertinggi pengambilan vaksin di kalangan pemain.
Ia diumumkan selepas pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante disahkan pemain terkini dijangkiti Covid-19 sekaligus menyaksikan dia terlepas aksi Liga Juara-Juara bertemu Juventus awal pagi Khamis.
Sportsmail mendedahkan surat yang dihantar kepada smeuan kelab Liga Perdana mengenai perancangan itu bagi memastikan lebih ramai pemain mengambil suntikan vaksin penuh.
“Berdasarkan data yang kami ada, ada tujuh kelab sahaja yang mencatat lebih 50 peratus menyuntik vaksin, jadi kami terpaksa ambil langkah (memastikan lebih ramai pemain mengambil vaksin).”
Minggu lalu, dilaporkan sekurang-kurangnya dua pasukan Liga Perdana tidak mengambil vaksin kurang daripada enam orang pemain.
Bagaimanapun, kelab Brentford dan Leeds dilaporkan mencapai 89 hingga 100 peratus jumlah suntikan vaksin dan dijangka jumlah akan bertambah bagi pasukan lain dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Selain itu, pengurus Chelsea, Thomas Tuchel memberitahu dia tidak boleh memaksa Kante mendapatkan suntikan vaksin.
“Pemain-pemain sudah dewasa dan mempunyai kebebasan untuk memilih sama ada vaksin atau tidak. Kita perlu menerimanya. Tidak ada lagi yang boleh saya jelaskan.
“Setiap kali seseorang terkena (Covid-19) daripada kami dan krew, ia membuatkan semua lebih berhati-hati bahawa ianya belum berakhir. Saya harap kemungkinan terkena lebih sedikit tetapi secara jelasnya saya tidak ada penyelesaian,” jelas Tuchel.
Add Comment