Bola Sepak

Cheng Hoe uji enam muka ‘fresh’ di Jordan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Cheng Hoe menguji beberapa pemain muda baharu untuk persediaan perlawanan persahabatan Tier 1 di Jordan bulan depan.

KETUA jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe membuat perubahan senarai pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Jumaat, 1 Oktober 2021 ini.

Seramai 24 orang pemain dipanggil bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu pasukan ranking ke-93 dunia, Jordan pada 6 Oktober 2021 dan pasukan ranking ke-84 dunia, Uzbekistan pada 9 Oktober 2021, kedua-duanya dijadual berlangsung di Amman, Jordan.

Cheng Hoe hanya mengekalkan 12 pemain dari kem latihan pusat terdahulu pada Mei dan Jun lalu iaitu ketika menghadapi baki tiga perlawanan Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu UAE, Vietnam dan Thailand di Dubai, UAE.

Penjaga gol Petaling Jaya FC Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi turut dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya bagi persiapan ke Jordan.

Mereka terdiri daripada ketua pasukan Aidil Zafuan Abd Radzak, penjaga gol Khairulazhan Khalid, Rizal Ghazali, Dominic Tan, Dion Cools, Irfan Zakaria, Syahmi Safari, Nazmi Faiz Mansor, Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad, Luqman Hakim Shamsudin dan Guilherme de Paula.

Ketiadaan baki 14 pemain lain yang tidak dipanggil kali ini diisi oleh enam muka baharu yang mahu diuji Cheng Hoe iaitu penjaga gol PJ City FC Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi  dua pemain Penang FC, Quentin Cheng dan Al Hafiz Harun; dua pemain Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar dan Mukhairi Ajmal Mahadi serta pemain Terengganu FC, Hakimi Abdullah.

Pemain muda Terengganu FC Hakimi turut dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya.

Turut kembali tersenarai, enam pemain yang pernah dipanggil sebelum ini iaitu penjaga gol Melaka United FC, Khairul Fahmi Che Mat; kapten Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar; dua pemain Terengganu FC, Arif Fadzilah Abu Bakar dan Faisal Halim serta dua pemain Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dan Kenny Pallraj.

Skuad Harimau Malaya akan melapor diri di Kuala Lumpur pada 1 Oktober 2021 sebelum berlepas ke Amman pada 2 Oktober 2021 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan dan Uzbekistan ini yang berlangsung dalam tempoh jendela perlawanan antarabangsa FIFA (4 hingga 12 Oktober 2021) dan dijadual pulang ke tanah air pada 10 Oktober 2021.

Dua perlawanan ini merupakan medan terbaik buat Cheng Hoe menilai pemain yang dipanggil kali ini sebagai persiapan awal bagi membentuk skuad terbaik Harimau Malaya menjelang Piala Suzuki AFF 2020 dari 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 dan seterusnya Pusingan 3, Kelayakan Piala Asia 2023 pada tahun hadapan.

Sementara itu, antara nama pemain yang tidak dipanggil kali ini termasuk Farizal Marlias (JDT), Matt Davies (JDT), Junior Eldstal (Chonburi FC), Adam Nor (JDT), Corbin Ong (JDT), Safawi Rasid (JDT), Syamer Kutty (JDT), Liridon Krasniqi (Odisha FC), Arif Aiman (JDT), Mohamadau Sumareh (JDT), Samuel Somerville (Penang FC), Azam Azih (Sri Pahang) dan Brendan Gan (Selangor FC).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1 Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

  • Pendapat saya Harus ada pencarian bakat diseluruh Malaysia bkn setakat satu atau Dua negeri sahaja pihak yg bertanggung jawap Harus adakan kejohanan seperti Liga Malaysia wanita dari situ mungkin akan dpt pemain yg lebih baik ini setakat ckp sahaja tp Tak wujud pun.Setakat yg Saya tahu cuma Puan Normal Rashid sahaja yg adakan kejohanan untuk bolasepak wanita.
    Waktu kejohanan tempoh Hari Saya Rasa X seorangpun wakil dari fam atau Pengurusan bolasepak wanita Malaysia yang dtg.Jadi renungilah bersungguh2 sedikit jgn hanya lepas batuk ditangga sahaja guna pakai nasihat org lama Dlm bolasepak. Majukan lah bolasepak wanita Malaysia.

%d bloggers like this: