Bola Sepak

Kelantan FC hadir bukan sekadar pelengkap pasukan – Rezal Zambery

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Rezal Zambery Yahya. Foto: PFAM

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENYERTAAN Kelantan FC dalam saingan Piala Malaysia musim ini bukanlah sekadar pelengkap pasukan malah bersedia melakarkan kejutan kepada pesaing lain.

Penolong ketua jurulatihnya, Rezal Zambery Yahya berkata, corak permainan dan perlawanan pastinya berbeza dalam saingan kali ini dan pemainnya telah diingatkan untuk bersedia dari segi mental dan juga fizikal.

“Kami akan tetap memberikan saingan, hadir bukan sekadar pelengkap jadual perl=awanan tetapi memberikan saingan kepada pesaing lain walaupun kita menyedari kapasiti pasukan tetapi dalam bola sepak keputusan ditentukan pada perlawanan.

“Tiada yang mustahil yang penting adalah diri sendiri, beraksi di pentas Piala Malaysia adalah satu peringkat yang tinggi bersama 15 pasukan terbaik yang lain,” jelasnya.

Berdasarkan kedudukan semasa, Kelantan FC kini merupakan pasukan tangga keempat yang akan berada dalam Kumpulan D bersama Johor Darul Ta’zim , Petaling Jaya City FC dan Sabah FC.

Namun keputusan muktamad sama ada Kelantan FC akan kekal dikedudukan keempat atau sebaliknya  hanya akan ditentukan selepas perlawanan terakhir Kuching City (LP3)  menentang Kelantan United FC di Stadium Pasir Gudang dimana skuad bimbingan Irfan Bakti itu juga berkongsi 27 mata namun kekurangan satu perlawanan lagi.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: