Bola Sepak

Senarai Forbes: Ronaldo atasi Messi terima bayaran paling mahal musim ini


Ronaldo menerima bayaran gaji paling tinggi dalam bola sepak musim ini.

 

CRISTIANO Ronaldo mengambil alih kedudukan teratas bagi senarai Forbes gaji paling tinggi pemain bola sepak dunia daripada Lionel Messi.

Bintang Manchester United itu berpotensi meraih pendapatan sebanyak 91.5 juta paun (RM523.25 juta) musim ini.

Ronaldo dan Messi, dua pemain bola sepak berprofil tinggi dalam sejarah, masing-masing telah berpindah ke kelab baharu musim ini ke United dan Paris Saint- Germain (PSG).

Messi bersama PSG musim ini.

Ronaldo,36, kembali ke Old Trafford selepas 12 tahun.

Messi berpindah ke kelab gergasi Perancis dari Barcelona musim ini yang menyaksikan dia menerima 80.5 juta paun (RM460.34 juta).

Kontrak perjanjian Ronaldo bersama United menyaksikan bintang Portugis ini menerima gaji asas dan bonus prestasi sebanyak 51.25 juta paun (RM293.08 juta), manakala selebihnya datang daripada pakej sokongan termasuk tajaan.

Rakan sepasukan Messi di PSG, Neymar dan Kylian Mbappe berada di kedudukan ketiga dan keempat dalam senarai Forbes.

Sementara itu, Mohamed Salah berada di tempat kedua, di belakang Ronaldo yang menerima gaji paling tinggi bagi pemain Liga Perdana Inggeris dengan pendapatan keseluruhan berjumlah 30 juta paun.

Salah pemain EPL kedua menerima gaji paling tinggi.

 

10 pemain bola sepak terima gaji paling mahal dalam senarai Forbes:

1. Cristiano Ronaldo – £91.5 juta ($125j)

Gaji: £51.25j

Tajaan: £40.25j

2. Lionel Messi – £80.5j ($110j)

Gaji: £54.95j

Tajaan: £25.6j

3. Neymar – £69.5j ($95j)

Gaji: £54.95j

Tajaan: £14.6j

4. Kylian Mbappe – £31.5j ($43j)

Gaji: £20.5j

Tajaan: £11.5j

5. Mohamed Salah – £30j ($41j)

Gaji: £18.3j

Tajaan: £12.7j

6. Robert Lewandowski – £26j ($35j)

Gaji: £19.8j

Tajaan: £6j

7. Andres Iniesta – £26j ($35j)

Gaji: £22.7j

Tajaan: £3.3j

8. Paul Pogba – £25j ($34j)

Gaji: £19.8j

Tajaan: £5.2j

9. Gareth Bale – £23.5j ($32j)

Gaji: £19j

Tajaan: £4.5j

10. Eden Hazard – £21j ($29j)

Gaji: £19j

Tajaan: £2j


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: