Bola Sepak

Penang FC, KL City jadi pilihan, SUFC dan Sri Pahang intai peluang


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PERSOALAN pasukan terakhir Kumpulan A dalam saingan Piala Malaysia musim ini akhirnya terjawab dengan Sarawak United FC (SUFC) akan menyertai KL City FC, Sri Pahang FC dan Penang FC memburu dua kedudukan teratas untuk mara ke pusingan seterusnya.

Berdasarkan prestasi semasa dalam Liga Super 2021, rata-rata pemerhati bola sepak tempatan seolah-olah boleh meramalkan pasukan yang mana gagal melepasi peringkat kumpulan.

Harimau Kumbang pastinya bersedia membaham mangsa dalam saingan Piala Malaysia kali ini.

> Penang FC

  • Pencapaian terbaik Penang FC dalam saingan Piala Malaysia adalah menjuarai kejohanan pada 1974 dan bergelar naib juara selang tiga tahun kemudian.
  • Dibimbing jurulatih  Thomas Trucha yang memiliki wajah serta gaya persis Jurgen Klopp kejayaan menamatkan saingan dikedudukan ketiga Liga Super sesuatu yang sememangnya agak mengejutkan.
  • Hanya ketinggalan dua mata dibelakang Kedah Darul Aman FC yang berada ditangga kedua selain memintas Terengganu FC membuktikan komitmen tinggi Harimau Kumbang untuk terus melakar kejayaan.
  • Tumpuan pastinya terarah kepada trio serangan diketuai Casagrande, Sheriddin Boboev dan Endrick do Santos yang cukup berbisa merencana gerakan dan memburu gol.
Gandingan pemain lama dan baharu menjadi taruhan Hodak.

Kuala Lumpur City FC

  • Skuad bimbingan Bojan Hodak ini bukanlah calang-calang apabila menamatkan saingan Liga Super dikedudukan tangga keenam hasil lapan kemenangan, sembilan seri dan lima kekalahan untuk mengumpul 33 mata.
  • Meraih gelaran kejuaraan pada tiga tahun berturut-turut bermula 1987, 1988 dan 1988, Skuad Warga Kota pastinya ini memastikan gelaran kejuaraan menjadi milik mereka selepas sekian lama tidak meraihnya.
  • Gandingan pemain muda baharu serta pemain berpengalaman yang dibentuk Hodak selain import khususnya Romel Morales, Paulo Josue perlu diberikan perhatian pihak lawan.
Manuel Hidalgo (kiri) perlukan rakan gandingan untuk terus merobek gawang lawan.

Sri Pahang FC 

  • Kali terakhir meraih kejuaraan Piala Malaysia adalah pada 2013 dan 2014,  kini prestasi semasa yang dipamerkan dalam Liga Super mencerminkan segala-galanya.
  • Terpaksa bergelut seketika untuk meraih slot Piala Malaysia, pastinya kerja keras perlu dilakukan Dollah Salleh untuk mengembalikan keyakinan barisan pemain mahu pun penyokong yang sentiasa berada dibelakang pasukan.
  • Prestasi umpama yoyo yang disajikan Tok Gajah perlu diperbaiki segera kerana pesaing lain dalam kumpulan bukanlah calang-calang, jadi jika tidak mahu melakar sejarah tersingkir awal dalam saingan, bangkitlah segera.
SUFC menamatkan saingan Liga Premier ditangga kedua liga.

Sarawak United FC

  • Bersaing hebat merebut kejuaraan Liga Premier sehingga aksi terakhir liga bukanlah mudah untuk diharungi, memerlukan semangat serta dokongan tinggi, walaupun pengakhiran agak mengecewakan namun Piala Malaysia pastinya dijadikan medan buat SUFC untuk menebus kekecewaan.
  • Peranan E Elavarasan tidak perlu dipertikaikan, jurulatih yang memiliki karisma dan taktikal ini tidak mustahil mampu memastikan pasukan melangkah jauh ke pusingan seterusnya.
  • Hanya bergelar naib juara pada 1999 yang merupakan pencapaian terbaik, SUFC pasti tampil berbeza .

 

Jadual perlawanan Kumpulan A / 26 September (Ahad)

  • Penang FC lwn Sarawak United FC

(Std Bandaraya Pulau Pinang / 9 mlm)

  • KL City FC lwn Sri Pahang FC

(Std KLFA , Cheras / 9 mlm)

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: