Bola Sepak

“Menunggu dan berharap amat menyakitkan” – Wan Rohaimi


PDRM FC ‘menghadiahkan’ dua gol sendiri kepada Negeri Sembilan FC.

Oleh: SURYATI MOHD NOR

HAJAT untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata di Stadium Paroi tidak kesampaian buat pasukan PDRM FC.

Pengendali PDRM FC Wan Rohaimi Wan Ismail mengakui kekalahan 2-4 kepada Negeri Sembilan FC pada aksi Liga Premier semalam (Selasa) menyaksikan statusnya ke Piala Malaysia masih lagi terbuka.

“Kalau berdasarkan keputusan, kita belum layak lagi ke Piala Malaysia. Kami terpaksa menunggu keputusan perlawanan terakhir liga di antara Kuching City FC dan Kelantan United 24 September ini.

“Menunggu dan mengharap amat menyakitkan. Saya harap ada keputusan baik memihak kepada kami,” jelasnya kepada media selepas perlawanan.

Wan Rohaimi berharap keputusan positif dicatat Kuching City FC pada Jumaat ini. Foto: PDRMFC

Aksi kekalahan PDRM FC ini menyaksikan Negeri Sembilan FC menjulang trofi juara Liga Premier 2021 selepas mengumpul 41 mata, meninggalkan pesaing terdekat Sarawak United FC di tangga kedua.

PDRM FC kini berada di tangga ketujuh liga dengan 26 mata, dibelakang Kuching City FC dan Kelantan FC yang sudah layak ke slot Piala Malaysia.

The Cops kini terpaksa mengharapkan kemenangan Kuching City FC ke atas Kelantan United sekiranya ingin berada dalam slot lima terakhir ke Piala Malaysia.

Kedudukan terkini paasukan Liga Premier 2021.

Manakala Kelantan United yang kini mengumpul 23 mata dijangka turut memburu kemenangan sekurang-kurangnya 2-0 ke atas Kuching City FC untuk layak ke Piala Malaysia bermula Ahad ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: