Bola Sepak

Devan kotakan janji, hadiahkan bonus buat The Jangs

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Devan mengotakan janjinya dengan membawa pasukan ke pentas Liga Super musim depan.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

TANGGAL 1 Disember 2020, Kelab Bolasepak Negeri Sembilan (NSFC) telah membuat keputusan melantik K Devan selaku pengendali pasukan dengan sasaran membawa pasukan ke Liga Super 2022.

Walaupun pada awalnya keputusan ini agak mengejutkan selain keinginan K Devan untuk turun ke Liga Premier, bermula dari situlah detik kebangkitan The Jangs.

Pengumuman K Devan selaku pengendali NSFC dibuat Tunku Besar Tampin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri selepas satu sesi temu duga diadakan oleh jawatankuasa eksekutif PBNS.

Musim 2021 adalah kali ketiga Devan yang berusia 59 tahun kembali membimbing skuad Negeri Sembilan selepas kali pertama pada musim 2003 hingga 2006, disusuli pada musim 2015.

Sebagai rekod, Devan pernah menjulang nama Negeri Sembilan apabila membawa skuad itu meraih kejuaraan Piala FA pada 2003 disusuli merangkul kejuaraan Liga Super pada musim 2005/2006.

Devan bukanlah nama asing buat Negeri Sembilan kerana beliau pernah menjadi ketua jurulatih Piala Presiden pada 2001 dan 2002 sebelum memulakan kariernya selaku ketua jurulatih Negeri Sembilan pada 2003 dan menghadiahkan kejuaraan Piala FA pada tahun yang sama.

Musim 2021 adalah kali ketiga Devan kembali membimbing skuad Negeri Sembilan.

Dia terus membimbing Negeri Sembilan sehingga musim 2006 dan turut berjaya meraih kejuaraan sulung Liga Super pada edisi saingan 2005/2006.

Devan sekali lagi hadir ke Negeri Sembilan pada tahun 2015 namun musim itu, Negeri Sembilan gagal berikan impak dan dia memilih berhijrah ke Kelantan pada musim 2016.

Negeri Sembilan pada saingan musim lalu sekadar menamatkan cabaran di tangga ke-11 di Liga Premier dan hanya meraih tiga kemenangan daripada 11 perlawanan.

Namun kini K Devan pastinya akan disanjung penyokong Hoben Jang Hoben selepas mengotakan janjinya membawa pasukan ke pentas Liga Super musim depan.

Malah Devan turut memberikan bonus dengan kejayaan merangkul gelaran juara Liga Premier musim ini sekaligus mengulangi pencapaian pada 1991.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: