Bola Sepak

Kuching City FC isi slot Piala Malaysia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pasukan Kuching City FC bakal beraksi dalam Piala Malaysia bermula 26 September ini. Foto: KCFC

 

KUCHING City FC (KCFC) mengesahkan slot ke Piala Malaysia selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Perak FC II di Stadium Pasir Gudang, Selasa malam.

Dengan kemenangan tersebut, Kuching City FC kini menduduki tangga kelima liga dengan 27 mata, dan masih berbaki satu perlawanan terakhir menentang Kelantan United pada 24 September ini.

Menurut penolong jurulatih KCFC Sulaiman Hussin, hanya kemenangan ini sahaja dapat memastikan pasukan mereka layak ke Piala Malaysia.

 

“Selepas separuh masa pertama, pemain-pemain bangkit dan berjaya menjaringkan gol pertama (Irwan Syazmin 64′) dan ia memberi lebih keyakinan kepada kami.

“Gol kedua pula (Ayiton Alemao 80′) memastikan kita berada dalam Piala Malaysia.

“Kami cukup gembira dan menghadiahkan kemenangan ini kepada Presiden KCFC Fazzruddin Abdul Rahman dan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Iswandy Ali Hassan, kerana dengan sokongan mereka kami layak ke Piala Malaysia.

“Kita ada lagi satu perlawanan. Raikan momen ini dan fokus kepada Piala Malaysia,” kongsinya selepas perlawanan.

Saingan Piala Malaysia bakal membuka tirai pada Ahad ini dan Kuching City FC bakal mengisi slot dalam Kumpulan B bersama Terengganu FC, Selangor FC dan Perak FC.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: