Bola Sepak

Aidil, Adha cipta sejarah jadi juara liga

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aidil dan Zaquan mempunyai sejarah unik dalam bola sepak tanah air.

Oleh: JJFIRDAUS

PEMAIN kembar sensasi negara, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha mencipta sejarah tersendiri apabila kedua-duanya muncul sebagai juara liga untuk musim 2021 ini.

Aidil atau lebih senang disapa abang, menjadi juara Liga Super buat kali kelapan berturut-turut bersama pasukan Johor Darul Ta’zim manakala Zaquan pula menjadi juara Liga Premier bersama Negeri Sembilan.

Kedua-dua pemain adalah aset penting pasukan masing-masing dengan aksi cemerlang sekaligus berhak untuk bergelar juara liga. Aidil kental mengawal benteng JDT manakala Zaquan handal mengetuai serangan Negeri Sembilan.

Zaquan Adha kembali mencipta nama sebagai kapten Negeri Sembilan FC dan merangkul juara Liga Premier 2021.

Tambah menarik kedua-dua kembar ini adalah kapten pasukan masing-masing dan mereka sememangnya terkenal dengan sikap kepimpinan dan dihormati pemain lain di dalam mahupun di luar padang.

Aidil dan Zaquan memulakan karier profesional mereka bersama pasukan Negeri Sembilan pada 2006 sebelum berhijrah ke pasukan ATM dan seterusnya menyertai Johor Darul Ta’zim pada 2013.

Aidil kekal di JDT hingga kini tetapi Zaquan yang dihantui kecederaan kembali bangkit dan akhirnya berjaya mencipta gemilang semula bersama Negeri Sembilan.

Liga Super musim 2022 pastinya menarik apabila JDT akan bertemu Negeri Sembilan dan pastinya aksi adik beradik kembar ini akan mencuri tumpuan lensa peminat bola sepak tempatan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: