Bola Sepak

“Ulangi pencapaian 2017 sesuatu yang menakjubkan” – Jalil

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jalil menyifatkan kejayaan SUFC ke pentas Liga Super musim depan sesuatu yang membanggakan.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENJARING gol kedua Sarawak ketika berdepan Negeri Sembilan pada 1991, Jalil Ramli menganggap kejayaan Sarawak United FC (SUFC) kembali ke Liga Super musim depan adalah pencapaian yang menakjubkan.

Kali terakhir pasukan yang dikenali dengan nama Sarawak FA beraksi di pentas Liga Super adalah pada musim 2017 dan baginya aksi terakhir menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) II malam ini perlu mengikut perancangan yang ditetapkan.

“Aksi malam ini akan menentukan kedudukan SUFC begitu juga Negeri Sembilan FC yang dilihat memiliki kelebihan untuk menjulang Piala Liga Premier.

“Namun harus diingat dalam bola sepak segala-galanya boleh berlaku, 90 minit akan jadi penentu buat kedua-dua pasukan, jadi pesanan saya buat SUFC hadapilah aksi dengan tenang dan jangan terlalu ghairah memburu gol hingga membuka ruang kepada lawan.

” Kita (SUFC) telah layak adalah satu kebanggaan buat pasukan dan juga peminat, jadi jika menjulang piala ia adalah bonus buat semua yang telah bekerja keras,” ujarnya ketika dihubungi CakapSukan, sebentar tadi.

Mengenai beberapa pertukaran pemain yang bakal dilakukan SUFC ekoran penggantungan pemain, Jalil melihat inilah peluang terbaik buat pemain yang bakal menggalas tanggungjawab berkenaan.

“Kehilangan penjaga gawang dan pemain pertahanan pastinya sedikit tempang buat pasukan, tetapi bagi saya inilah peluang buat pemain baharu untuk mempamerkan aksi memikat jurulatih,” tegasnya.

Beberapa pemain utama yang tidak dapat beraksi malam ini adalah penjaga gawang, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Mohammad Amer Saidin dan Mohd Badrul Affendy Mohd Fadzli (pertahanan) kerana digantung perlawanan.

SUFC kini ketinggalan satu mata dibelakang Negeri Sembilan FC yang memimpin liga ketika ini dan hanya kemenangan ke atas JDT II sambil mengharapkan NSFC tewas akan memastikan gelaran kejuaraan milik SUFC.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: