Bola Sepak

Tonggak utama ‘Kelas 1991’ kongsi semangat dan harapan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Richard Scully merupakan tonggak utama Negeri Sembilan ketika menjulang kejuaraan Liga Premier 1991.

 

Oleh : SUBKHI SUDARJI

BEKAS penjaga gol Negeri Sembilan, Datuk Richard Scully mahu barisan pemain skuad The Jangs yang bakal memburu kejuaraan Liga Premier musim ini turun dengan emosi positif untuk merealisasikan impian tersebut selepas kali terakhir menjulangnya pada 1991.

Richard berkata kepada CakapSukan, dia mengharapkan dan percaya kedua-dua pasukan akan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi baik sebelum, semasa mahupun selepas perlawanan walau apa pun keputusan yang dicapai.

“Kadang kala emosi ini akan datang dalam pelbagai cara, apatah lagi bila beraksi dalam perlawanan yang penting seumpama ini khususnya buat tuan rumah, jadi pandangan saya salurkanlah emosi berkenaan dalam bentuk positif.

“Tidak boleh ada sikap sambil lewa dan perlu sentiasa berwaspada sehingga wisel penamat,” ujarnya.

Richard yang juga penganalisis bola sepak tempatan dan pernah melalui aksi getir pada 1991 yang membawa kemenangan buat Negeri Sembilan pada ketika itu, insiden yang berlaku ke atas Sarawak United FC sebelum ini perlu diberikan perhatian semua pihak.

“Peristiwa tempoh hari tidak seharusnya berlaku, baik NSFC dan PDRM FC kedua-duanya mempunyai reputasi yang baik, tanggungjawab kepada pihak disekeliling perlu dijaga baik penyokong, pemenang taruh mahupun pengurusan.

“Jadi saya sememangnya mengharapkan aksi malam ini berjalan lancar dengan semangat profesional,” katanya.

Pada aksi penentuan Liga Perdana 1991 itu, tarikh 18 Ogos adalah detik keramat buat Negeri Sembilan apabila menjulang kejuaraan Liga Premier menamatkan kemarau 43 tahun dengan keputusan seri 2-2 menentang Sarawak.

Aksi malam ini di Stadium Paroi pastinya dinantikan semua peminat Hoben Jang Hoben apabila mereka akan menjulang kejuaraan seandainya mampu menewaskan PDRM FC tanpa perlu mengetahui keputusan lain membabitkan Sarawak United FC dan Terengganu FC II juga turut mengintai peluang yang sama.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: