Bola Sepak

Peluang rangkul kejuaraan tetap ada – Badrul Afzan


Badrul Afzan mahu pemainnya mengekalkan corak permainan sama ketika menang ke atas Kuching City FC.

PENGENDALI Terengganu FC II, Badrul Afzan Razali menyifatkan peluang bergelar juara Liga Premier 2021 tetap ada sambil mengharapkan Negeri Sembilan FC dan Sarawak United FC tewas kepada lawan masing-masing.

Jelasnya, kemenangan 2-0 mengatasi Kuching FC baru-baru ini membuka ruang kepada perebutan tiga penjuru bagi kejuaraan dan tumpuan skuadnya ketika ini adalah menewaskan Kelantan United FC.

“Jadi, untuk perlawanan terakhir malam ini macam-macam mana pun kena bagi 100 peratus untuk sekurang-kurangnya kita dapat nombor dua liga, tetapi peluang untuk bergelar juara tetap ada dengan mengharapkan Negeri Sembilan mahupun Sarawak United kalah.

“Kalau kita menang dan mereka kalah, perbezaan gol juga memihak kepada TFC II berbanding dengan Negeri Sembilan, tetapi kalau kita dapat nombor dua pun, saya dah bersyukur sebenarnya”, jelasnya.

Negeri Sembilan ketika ini berada di takhta liga dengan 38 mata akan melayan kunjungan PDRM FC di Paroi manakala Sarawak United di tangga kedua dengan 37 mata berkunjung ke Stadium Larkin menentang JDT II manakala TFC II ditangga ketiga dengan 35 mata.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: