Bola Sepak

Misi penting NSFC, SUFC dan Kuching City FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kedudukan pasukan Liga Premier setakat hari ini.

 

AKSI Liga Premier hari ini bakal menyaksikan misi penting tiga pasukan bagi memastikan kedudukan terbaik liga musim ini.

Negeri Sembilan FC (NSFC)  bakal melayan kunjungan PDRM dalam misi mencatat kemenangan bagi mengesahkan kejuaraan Liga Premier musim ini.

Manakala Sarawak United  FC  (SUFC) yang kini berada di tangga kedua liga dengan 37 mata, hanya ketinggalan satu mata daripada pendahulu (NSFC) juga dijangka mahu mencatat kemenangan ke atas Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos  pukul 9 malam ini.

Itu kisah perebutan untuk bergelar juara liga, namun lain pula misi Kuching City FC yang cuba merebut kelompok terbaik bagi memastikan layak ke aksi Piala Malaysia Sabtu ini.

Skuad Irfan Bakti Abu Salim itu kini berada di tangga ketujuh, berkongsi 24 mata bersama Kelantan FC, manakala Kelantan United di kedudukan ke-9 dengan 20 mata.

Kuching City FC bakal bertemu Perak II, manakala Kelantan United bertemu Terengganu II juga pukul 9 malam ini.

Satu lagi perlawanan melibatkan Kelantan FC  bertemu dengan Selangor II di Stadium Sultan Mohammad IV, 9 malam ini.

Di atas kertas peluang untuk Kuching FC ke Piala Malaysia masih ada memandangkan ‘feeder club’ Terengganu FC II kini di tempat ketiga, JDT II (kedudukan ke-4) dan Selangor FC II di tangga keenam tidak boleh beraksi dalam Piala Malaysia.

Negeri Sembilan FC, Sarawak United FC dan PDRM yang berada di tangga kelima liga sudah pun memenuhi slot Piala Malaysia.

Kuching City FC masih mempunyai satu lagi perlawanan terakhir bertemu Kelantan United pada 24 September ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: