Bola Sepak

PM2021 ; Pemilihan pemain import terserah kepada Nafuzi – Zul Fadli

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Argzim (tengah) seharusnya menjadi pilihan utama Nafuzi untuk mengetuai benteng pertahanan dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

PENGURUS pasukan Terengganu FC, Zul Fadli Rozi menyerahkan sepenuhnya kepada Nafuzi Zain mengenai pemilihan pemain import yang bakal memperkuatkan pasukan dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Tegasnya, TFC kini mempunyai peluang untuk menggunakan kesemua pemain import bagi pasukan TFC II.

“Saya percaya untuk kempen Piala Malaysia kali ini, Nafuzi mempunyai perancangan dan bakal menurunkan skuad yang terbaik bagi setiap perlawanan memandangkan jadual kali ini sangat padat,” ujarnya dipetik menerusi laman rasmi pasukan Terengganufc.com.

TFC  diundi berada dengan 3 lagi pasukan dalam kumpulan B iaitu Selangor FC, Perak FC dan pasukan ke-4 dari Liga Premier.

Beberapa pemain import khususnya dari TFC II yang mempamerkan aksi cemerlang ketika beraksi bersama TFC I adalah penjaring terbanyak Liga Premier ketika ini, Jordan Mintah dan pertahanan kental, Argzim Redzovic,

Mengulas cabaran yang bakal ditentang, Zul Fadli berkata, kumpulan B adalah pasukan yang sangat mencabar kerana dua pasukan lain mempunyai cermelang dalam saingan Piala Malaysia.

“Suasana dan cabaran Piala Malaysia amat berbeza dengan Liga Super jadi kita tidak boleh mengambil mudah dan tidak boleh mengambil kira keputusan liga super sebelum ini .

“Ada kemungkinan besar Kuching City boleh menjadi pasukan terakhir dalam kumpulan dan ia pastinya lebih menarik apabila Nafuzi akan berhadapan dengan sifu beliau iaitu Irfan Bakti Abu Salim.

“Jadi kesimpulannya ia akan menjadi perlawanan tumpuan dan menarik untuk disaksikan,” tegasnya yang meletakkan sasaran kemaraan ke pentas separuh akhir terlebih dahulu.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: