
BEKAS pemain bola sepak Singapura Mohamed Noh Hussien meninggal dunia pada usia 67 tahun pada Isnin.
Difahamkan Mohamed Noh dimasukkan ke Hospital General Sengkang selepas mengalami serangan jantung pagi semalam (Ahad).
Mohamed Noh bukan sahaja terkenal dengan memiliki wajah tampan kacukan Jepun dari ibunya, tetapi bekas penyerang ini mempunyai tendangan terlaju di Asia.
Selain itu, Mohamed Noh juga merupakan bekas suami kepada penyanyi terkenal tanah air, Rahimah Rahim namun mereka bercerai pada tahun 1988 selepas 11 tahun hidup bersama.
Rahimah turut berkongsi berita sedih ini di Instastory miliknya pagi ini.
Sementara itu, bekas kapten Singapura, Samad Allapitchay, yang juga, rakan sepasukan Mohamed Noh memberitahu kepada CAKAP SUKAN bahawa berita ini merupakan satu kehilangan besar.
“Satu kehilangan besar kepada bola sepak Singapura. Dia seorang pemain yang sangat berdisiplin dan mempunyai kemahiran menggelecek yang baik dengan gaya badannya.

“Kami amat bersedih kehilangan seorang rakan karib,” jelas Samad yang bermain untuk Singapura dari tahun 1976 hingga lewat 80-an.
Add Comment