Bola Sepak

Aksi pertama skuad bola sepak wanita negara tewas di tangan Thailand

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemain-pemain Thailand lebih mendominasikan perlawanan bertemu Malaysia. Foto: AFC

 

PASUKAN bola sepak wanita negara tewas 0-4 kepada Thailand dalam aksi Kumpulan H Kelayakan Piala Asia 2022 Wanita yang berlangsung di Palestin, Ahad malam.

Ketika aksi di Stadium Faisal Al-Husseini Tebing Barat ini, pasukan Thailand tidak mengambil masa lama untuk menjaringkan.

Sebelum minit kedua perlawanan, Thailand yang dibimbing oleh jurulatih dari Jepun Miyo Okamoto berjaya meledak dua gol menerusi Kanyanat Chetthabutr dan Nutwadee Pram-nak.

Pasukan Thailand lebih mendominasi permainan yang menyaksikan penjaga gol negara, Nurul Azurin Mazlan terpaksa berganda bekerja keras apabila pemain lawan lebih gemar melakukan percubaan dari jarak jauh.

Pemain negara bola daripada Thailand ketika aksi pertama Kumpulan H, di Tebing Barat Palestin, Ahad. Foto: AFC

Pada minit ke-37 gawang negara sekali lagi bolos menerusi jaringan Kanyanat.

Pada babak kedua, pasukan kendalian Jacob Joseph menampilkan permainan yang lebih kemas dan dari segi pertahanan yang berjaya menepis beberapa percubaan berbahaya Thailand.

Namun malang, seminit sebelum masa kecederaan berakhir, Thailand berjaya menambah jaringan keempat mereka.

Sementara itu, skuad Harimau Malaya Wanita ini perlu membuat percaturan yang lebih baik selepas ini untuk memastikan kemenangan berdepan dengan tuan rumah, Palestin bagi mengintai peluang ke peringkat seterusnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: