Bola Sepak

“Perlu kajian menyeluruh sebelum bubar Perak FC II”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Perak FC tersingkir ke Liga Premier musim depan.

 

“TOLONGLAH fikirkan mereka yang baru sahaja ceburi bidang ini, ia akan bunuh karier dan semangat mereka secara tidak langsung jika kita tutup feeder club ini,” luah Pengurus Pasukan Perak FC Mohd Rashidi Abdul Rahim.

Mohd Rashidi berkata demikian dalam satu kenyataan selepas Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Mohamad Yadzan Mohamad dilapor mengumumkan keputusan untuk membubarkan Perak FC II selepas skuad utama, Perak FC tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan pada Jumaat.

Mohamad Yadzan turut menjelaskan keputusan itu dibuat bagi memberi fokus kepada Perak FC untuk bangkit dalam tempoh dua tahun sebelum kembali ke pentas Liga Super.

Menurut Rashidi, kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum sebarang keputusan dibuat untuk membubarkan skuad Perak FC II yang bakal bersaing dalam kancah Liga M3 pada musim depan, kata Pengurus Pasukan Perak FC Mohd Rashidi Abdul Rahim.

Ini kerana pemain, barisan kejurulatihan dan pembangunan bakat muda yang bakal meneruskan legasi The Bos Gaurus pada masa akan datang.

“Kita sedia maklum, pasukan utama turut menggunakan khidmat pemain dari Perak FC II, malah ada yang sudah melebihi umur untuk diserap ke pasukan Piala Presiden atau Belia.”

Mengulas lanjut, Mohd Rashidi berkata beraksi dalam kancah Liga M3 bukan sahaja mengurangkan perbelanjaan pasukan berbanding sebelum ini, malah memberi kesan positif kepada pemain untuk meningkatkan kemahiran kerana beraksi dalam pertandingan profesional.

“Kita gilap lagi bakat sedia ada, cari lagi muka baharu yang bagus untuk dibawa ke dalam pasukan, dedahkan mereka dalam Liga M3, saya yakin ia akan membuahkan hasil,” katanya.

Selain itu, Mohd Rashidi berkata jika keputusan pembubaran Perak FC II tetap dilakukan ia hanya akan membuatkan The Bos Gaurus terus berada ditakuk lama tanpa sebarang perubahan yang mampu meningkatkan kembali imej pasukan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: