Bola Sepak

Sudikah Nafuzi senaraikan Mintah dalam saingan Piala Malaysia 2021?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Presiden TFC, Mohd Isa Che Arifin

 

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KELAB penyokong bolasepak Terengganu FC mahu penyerang import TFC II, Jordan Mintah yang merupakan penjaring terbanyak ketika ini disenaraikan dalam pasukan TFC bagi mengharungi saingan Piala Malaysia musim ini.

Presidennya, Mohd Isa Che Arifin berkata kepada CakapSukan, prestasi semasa Mintah membuktikan kemampuan yang ada pada dirinya serta telah membuktikan ketika beraksi bersama TFC sebelum ini.

“Pengurusan terutamanya Nafuzi perlu menyenaraikan Mintah dalam TFC kerana dia merupakan penjaring gol terbanyak pasukan dan juga dalam saingan Liga Premier ketika ini.

“Prestasi dipamerkannya jauh berbeza dengan penyerang import David Da Silva, kita bercakap berdasarkan fakta dan prestasi semasa, jadi adalah wajar Mintah diberikan peluang untuk beraksi.

“TFC II merupakan pasukan feeder untuk membantu memperkuatkan pasukan utama,” jelasnya.

Ketika ini Mintah berkongsi jumlah 16 jaringan bersama penyerang import JDT II, Fernando Rodriguez.

Berdasarkan prestasi dipamerkan Da Silva, penyerang ini dilihat gagal memberikan impak buat pasukan sebagaimana statusnya selaku pemain import hingga mendapat kritikan dari penyokong.

 

 

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: