
MANCHESTER United dilaporkan bakal membuat perubahan drastik dalam skuadnya menjelang jendela perpindahan pemain Januari ini.
Dijangka seramai tujuh pemain dalam perhatian untuk ‘dijual’ bagi mengumpul dana perpindahan, dan dilaporkan kelab berminat untuk membawa masuk pemain West Ham, Declan Rice.
Menurut laporan The Sun, antara pemain yang berada dalam radar dilepaskan Ole Gunnar Solskjaer adalah Anthony Martial, Jesse Lingard, Donny van de Beek, Phil Jones, Eric Bailly, Diogo Dalot dan Alex Telles.
Kesemua pemain-pemain ini tiada berada dalam senarai tetap sebelas pemain utama, jadi sekiranya dijual ianya tidak memberi kesan kepada pasukan.

Red Devils dijangka akan berbincang dengan pemain-pemain ini mengenai masa depan mereka sebelum jendela perpindahan di buka tahun depan.
Martial yang baharu berusia 25 tahun, namun masa depannya di Old Trafford seakan kabur dengan aksi yang kurang konsisten, lebih-lebih lagi selepas kehadiran Cristiano Ronaldo di barisan hadapan pasukan.
Selepas tiba dari Monaco pada tahun 2015, pemain Perancis ini merakam 17 gol dalam semua perlawanan.
Add Comment