EPL

Baik hati! Tuchel tanggung kos pembedahan anak ‘maid’, belikan rumah di Filipina

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tuchel banyak membantu penjaga rumahnya ketika di Paris.

 

BOS Chelsea, Thomas Tuchel dikenali sebagai seorang yang sangat pemurah dan baik hati.

Pengurus berusia 48 tahun ini dilaporkan telah membantu membayar bil pembedahan anak pembantu rumahnya ketika Tuchel berada di Paris Saint-Germain (PSG).

Tuchel tinggal di Hauts-de-Seine, Perancis selama dua tahun bagi menguruskan PSG.

Menurut laporan Canal Sports, selepas berpindah dari Borussia Dortmund ke Parc Des Princes, Tuchel bersama isterinya, Sissi telah mengupah seorang pembantu rumah dari Filipina.

Sepanjang bekerja di rumahnya, Tuchel menyedari pembantu rumah itu memiliki etika kerja yang sangat memuaskan dan wanita itu sentiasa memenuhi dan menyediakan keperluan yang diperlukan majikannya itu.

Malah Tuchel juga menyedari wanita itu bekerja dalam tempoh yang panjang bagi mengumpul duit untuk pembedahan anak lelakinya.

Sebaik sahaja mengetahui perkara itu, Tuchel tanpa membuang masa terus membayar segala kos pembedahan dan perubatan anak pembantu rumahnya.

Tuchel gembira dengan etika kerja yang dipamerkan pembantu rumahnya.

Selepas itu Tuchel turut berbincang mengenai impian pembantu rumahnya itu.

Dan wanita tersebut memberitahu dia ingin pulang ke Filipina sebaik sahaja berjaya mengumpul duit untuk membeli rumah dan menghabiskan masa tuanya dia negara sendiri.

Dan sekali lagi, Tuchel memenuhi impian pembantu rumahnya itu apabila membeli rumah di Filipina dengan duit poketnya bagi memastikan wanita itu hidup selesa dengan anaknya.

Selepas itu, Tuchel berpindah ke Stamford Bridge untuk menguruskan pasukan Chelsea sehingga kini.

Tuchel dan isterinya dikatakan pasangan yang tidak suka dengan perhatian media dan mereka jarang dirakam bersama secara terbuka.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: