EPL

Mane cipta rekod ledak 100 gol

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 Mane meledak gol pertama buat pasukan dan ke 100 peribadi pada aksi menentang Crystal Palace malam tadi.

DISEBALIK kemenangan Liverpool ke atas Crystal Palace, 3-0  yang meletakkan skuad bimbingan Jurgen Klopp memimpin liga ketika ini, angka 100 pastinya memberikan makna buat Sadio Mane.

Apa tidaknya, jaringan pembukaan yang dihasilkan pada minit ke-43 adalah jaringan ke 100 buat Mane dalam semua pertandingan bersama The Reds.

Bintang kelahiran Senegal itu juga telah  menjaringkan 10 gol menentang Palace dan mengegarkan jaring dalam sembilan penampilan terakhir berturut-turut untuk menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana yang melakukannya menentang pasukan lawan.

Namun Mane yang dikenali dengan sikap merendah diri menyifatkan dia bernasib baik dapat menjaringkan gol kerana berada ditempat dan waktu yang tepat.

“Saya bernasib baik dan gembira. Terima kasih kepada semua peminat, kelab dan kakitangan. Tanpa mereka, saya tidak akan menjadi apa-apa.”

“Saya suka bermain menentang Palace. Saya bernasib baik. Alangkah baiknya bermain menentang mereka setiap minggu,” ujarnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: