EPL

Kami gagal pamer aksi sebenar – Guardiola

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Guardiola nyata kecewa dengan aksi yang dipamerkan pemainnya hingga menyebabkan keciciran mata.

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola, mengakui bahawa pasukannya gagal mempamerkan prestasi sebenar terutamanya menerusi serangan hingga terpaksa berkongsi satu mata apabila seri tanpa jaringan berdepan Southampton di laman sendiri.

Jelasnya, kekurangan ini jelas kelihatan apabila The Citizens gagal mencipta peluang berbahaya walaupun menguasai perlawanan.

“Kami berjuang untuk mencipta serangan. Itu tidak betul, tidak bagus. Kami kehilangan lebih banyak bola dari biasanya, dan menghadapi banyak masalah untuk menghantar bola di depan,.

“Kami mempunyai peluang, tetapi keputusan seri adalah keputusan yang adil,  cuba menang tetapi tidak dapat melakukannya,” jelasnya kepada dipetik BBC.

Keputusan seri tanpa jaringan ini meletakkannya ditangga kedua dan tidak mustahil akan tergelincir ketangga keempat memandangkan Man United, Chelsea yang berada dikedudukan ketiga dan empat hanya akan turun beraksi malam ini.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: