EPL

Liverpool gayat dipuncak liga

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Naby Kieta diraikan rakan sepasukan selepas meledak gol ketiga.

LIVERPOOL meraih tiga mata penuh selepas membenan cabaran Crystal Palace, 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris 2021/22 yang berlangsung di stadium Anfield sebentar tadi.

Tiga mata yang diraih tuan rumah memastikan mereka kini memimpin liga buat kali pertama selepas meraih 13 mata hasil lima perlawanan.

Perlawanan ini juga memperlihatkan benteng baharu tuan rumah Ibrahima Konate diturunkan buat kali pertama dalam pasukan untuk bergandingan Virgil Van Djik.

Satu gol dipenghujung babak pertama dijaringkan Sadio Mane minit 43 dan dua gol pada babak kedua menerusi Salah (m-78 ) dan pemain gantian Naby Kieta (m-89 ) sudah cukup buat skuad bimbingan Jurgen Klopp untuk menerajui liga selepas lima perlawanan.

Sementara itu penyandang juara, Manchester City terpaksa berkongsi mata selepas diikat tanpa jaringan dilaman sendiri ketika berdepan Southampton manakala Arsenal meraih tiga mata penuh apabila menang 1-0 ke atas Burnley hasil jaringan tungal Martin Odegaard pada minit ke-30.

Keputusan penuh perlawanan yang berlangsung malam ini adalah seperti berikut.

  • Wolves 0-2 Brenford
  • Burnley 0-1 Arsenal
  • Liverpool 3-0 Crystal Palace
  • Manchester City 0-0 Southampton
  • Norwich City 1-3 Watford

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: