
BEKAS pertahanan Manchester United , Rio Ferdinand kesal dengan aksi Cristiano Ronaldo yang dilihat bertindak memberikan arahan kepada pasukan pada aksi menentang Young Boys dalam kempen Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.
Pada perlawanan tersebut, skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer bagaimanapun tewas 1-2 kepada tuan rumah.
Ronaldo turun sebagai kesebelasan utama menjaringkan gol buat pasukan pada minit ke-13 dan bermain hampir 72 minit sebelum digantikan Jesse Lingard saat masih 1-1.
Selepas ditarik keluar, Ronaldo tidak duduk diam di bangku simpanan dan sentiasa berada dekat Solskjaer dan turut berteriak memberikan arahan.
“Kalau saya jadi pengurus , jujur saja, saya akan memintanya duduk, tapi bila Ronaldo kita membiarkannya seolah-olah mengizinkan tindakan tersebut.
“Dia pemain yang penuh gairah dan mahu menang, dia sangat menginginkannya, dan dia tidak dapat menahannya,” jelas Ferdinand kepada BT Sports.






Add Comment