EPL

Conte berminat ke Old Trafford berbanding Arsenal dan Spurs

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Conte kini masih ‘berehat’.

 

ANTONIO Conte dilapor menunjuk minat untuk menguruskan Manchester United jika diberi peluang.

Jurulatih berusia 52 tahun itu kini tidak memegang mana-mana pasukan selepas meninggalkan kelab gergasi Serie A, Inter Milan dengan rekod cemerlang menjulang trofi kejuaraan Mei lalu buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun.

Pengendali dari Itali ini mempunyai pengalaman menguruskan kelab top Liga Perdana selepas bersama Chelsea pada 2016 dan merangkul kejuaraan pada musim pertama kehadirannya. Ketika itu juga, The Blues turut mencipta rekod menjadi pasukan paling banyak mencatat kemenangan sepanjang musim.

Menurut laporan media United Kingdom, Conte lebih berminat dengan Red Devils sekiranya ada peluang.

Namun Conte mungkin akan menolak tawaran Arsenal, seperti mana dia enggan ke Tottenham beberapa tahun lalu.

Conte berjaya membawa Inter Milan merangkul juara Serie A musim lalu.

Spurs ketika itu menyenaraikan Conte sebagai calon utama menggantikan pengurus sementara Ryan Mason, namun dia menolak tawaran itu.

Conte dilihat hanya berminat dan menerima tawaran daripada kelab yang mempunyai ‘projek kemenangan’ sahaja.

Namun pendekatan Conte untuk ke Old Trafford hanya mungkin menjadi kenyataan sekiranya United memecat Ole Gunnar Solskjaer.

Dalam pada itu, Solskjaer kini baharu merekodkan kekalahan ketujuh dalam aksi Liga Juara-Juara sepanjang bersama United (sejak 2018) selepas tewas 1-2 kepada Young Boys awal pagi Rabu.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: