EPL

Ibu Ronaldo buat kejutan di Old Trafford


Dolores dirakam berada di stadium menyaksikan perlawanan anaknya.

IBU Cristiano Ronaldo dirakam meraikan jaringan gol anaknya di Stadium Old Trafford ketika aksi kemenangan 4-1 Manchester United ke atas Newcastle.

Dolores Aveiro,66, kelihatan menitis air mata teruja apabila Ronaldo meledak gol pertama dan kedua United pada aksi pertama pemain Portugis ini tiba di kelab yang pernah menjulang namanya 12 tahun dulu.

Ibu kepada pemain sensasi itu tiba di Manchester awal minggu ini, namun kehadirannya di Old Trafford mungkin satu kejutan buat Ronaldo.

Seperti sedia maklum, Ronaldo amat menyayangi ibunya ini.

Sebelum ini, Ronaldo,36, dedah dia tidak membenarkan Dolores hadir ke stadium melihatnya bermain dalam perlawanan besar.

Ronaldo meledak dua gol untuk Man United ketika aksi bertemu Newcastle.

“Sekarang dia tidak dibenarkan melihat saya bermain dalam perlawanan besar.

“Saya beritahu kepadanya, “Dengar, saya sudah kehilangan bapa. Saya tidak mahu kehilangan ibu saya juga, jadi anda tidak boleh menonton perlawanan suku akhir, separuh akhir atau akhir”.

“Ini kerana ibu terlalu gementar. Saya tidak tahu kenapa. Tapi dia tidak boleh datang.

“Saya meminta kawan-kawan menemaninya dan berjalan-jalan di sekitar rumah. Dia pengsan dua kali di stadium,” kongsinya sebelum ini.

Kembalinya Ronaldo ke United selepas musim 2003-2009 menyaksikan fenomena baharu seluruh ribuan penyokong yang hadir ke stadium, yang rata-ratanya memakai jersi ikonik No.7 Ronaldo.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading