Bola Sepak

PDRM FC bukan sekadar pelengkap pasukan – Wan Rohaimi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Wan Rohaimi mahu membuktikan penyertaan PDRM dapat berikan kesan serta mampu mencabar pasukan lain.

KELAB Bolasepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mahu hanya sekadar menjadi pasukan pelengkap dan sedia berikan cabaran dengan cuba melangkah jauh dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Enggan memikirkan lawan yang bakal ditentang, Sang Saka Biru ketika ini hanya memberikan tumpuan penuh pada aksi terakhir menentang Negeri Sembilan FC ditempat lawan, Selasa ini.

Ketua jurulatih PDRM FC, Wan Rohaimi Wan Ismail, masih belum mahu memikirkan siapakah pencabar mereka kerana keutamaannya adalah perlawanan berdepan Negeri Sembilan.

“ Keutamaan pada saya adalah untuk layak dahulu dengan cuba mendapatkan keputusan positif berdepan Negeri Sembilan, selepas itu terpulang untuk duduk di kumpulan mana, sama ada Kumpulan B, C atau D.

“ Walaupun sedar pasukan saya underdog, saya sudah tegaskan kepada pemain yang kita bukan masuk sekadar sertai pertandingan atau melengkapkan jadual.

“ Saya mahu pastikan penyertaan PDRM dapat berikan kesan serta mampu mencabar pasukan-pasukan lebih besar dan kami mahu layak sekurang-kurangnya ke suku akhir, ” katanya.

The Cops perlu menang bagi berada dalam posisi ketiga hingga kelima Liga Premier yang sekarang ini sedang disaing hebat Kuching City, Kelantan dan Kelantan United.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: