Bola Sepak

Ataya dan Sherman hadirkan kegembiraan buat Lang Merah


Ataya dan Sherman kini kembali bersama pasukan selepas selesai membantu skuad kebangsaan masing-masing.

DUA tonggak utama yang merupakan pemain import, Kedah Darul Aman FC, Rabih Ataya dan Kpah Sherman menghadirkan berita gembira apabila kembali memperkuatkan pasukan dalam saingan Piala Malaysia 2021.

Ataya dan Sherman yang sebelum ini terlepas pada baki tiga perlawanan terakhir Liga Super kerana membantu skuad kebangsaan masing-masing menghadapi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022.

Bagi pengendali Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Sahak, kembalinya dia dua tonggak import ini melegakan dirinya dan pasukan.

Walaupun diundi dalam kumpulan C bersama-sama Melaka United FC dan dua lagi pasukan daripada Liga Premier, Aidil tidak melihat ia sebagai pertembungan yang mudah kerana saingan Piala Malaysia pastinya berbeza berbanding Liga Super.

“Apa-apa sahaja boleh berlaku dalam Piala Malaysia tidak kira prestasi kita bagus atau tidak dalam saingan liga.

“Yang penting, pasukan saya sudah harungi saingan liga yang memenatkan pada musim ini, dan saya harap kami semua akan lebih cemerlang di Piala Malaysia kerana jadual yang lebih teratur.

“Kembalinya Ataya dan Sherman, saya percaya pasukan akan lebih kuat dan konsisten”, katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading