Antarabangsa

Pembantu padang pengsan gara-gara terkena bola tendangan Ronaldo


Ronaldo bergegas melihat pembantu padang yang pengsan terkena tendangan bolanya.

TENDANGAN Cristiano Ronaldo secara tidak sengaja telah menyebabkan seorang pembantu badang pengsan ketika pemain itu melakukan aksi pemanas badan.

Sebelum perlawanan pusingan awal Liga Juara-Juara bertemu Young Boys di Switzerland, pemain sensasi Manchester United itu membuat latihan beberapa sepakan ke arah gol, namun malang berlaku apabila salah satu tendangannya itu terkena pembantu padang yang ketika itu berada di belakang tiang gol.

Ia sekaligus menyebabkan pembantu wanita itu jatuh pengsan sekaligus menyaksikan Ronaldo terus memanjat penghadang untuk melihat mangsa yang sedang menerima rawatan daripada pasukan medikal.

Mangsa menerima jersi Ronaldo sebagai tanda berdamai.

Bintang Portugis itu terus meminta maaf dan turut memberi bajunya kepada mangsa wanita itu sebagai tanda berdamai.

Dalam pada itu, Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 kepada tuan rumah.

Namun, pada perlawanan tersebut Ronaldo sekali lagi menjadi tumpuan apabila meledak gol pertama pada minit ke-13 permainan sekaligus menyaksikan penampilan ke-177 dalam aksi Liga Juara-Juara keseluruhan.

Bagaimana pun skuad Ole Gunnar Solskjaer itu terpaksa bermain 10 orang selepas Wan-Bissaka dilayangkan kad merah pada minit minit ke-35.

Ronaldo memanjat penghadang untuk melihat pembantu padang yang pengsan.

Young Boys berjaya menyamakan kedudukan menerusi Ngamaleu (66’).

Harapan untuk menamatkan saingan dengan keputusan seri musnah apabila Siebatcheu menambah jaringan sebelum wisel akhir dibunyikan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: