Antarabangsa

Kloop akui Salah pemain ‘gila’, ledak gol ke-100 buat Liverpool

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Klopp memuji aksi konsisten Salah.

PENGURUS Liverpool memuji Mohamed Salah selepas ‘Raja Mesir’ meledak gol ke-100 Liga Perdana ketika aksi bertemu Leeds.

Salah menjaringkan gol pada minit ke-20 di Elland Road yang menyaksikan pemain berusia 29 tahun ini memulakan musim dengan aksi luar biasa.

“Rekod Mo sangat ‘gila’. Sejak dia menyertai kami… tak tahu apa ‘jenis’ pemain. Dan dia masih ‘lapar’ gol. Dia masih tidak gembira jika tidak menjaringkan gol satu atau dua, itulah yang menunjukkan dia pemain terkemuka,” ujar Klopp selepas kemenangan 3-0 ke atas Leeds.

Namun sehingga kini Salah masih belum memperbaharui kontraknya di Anfield yang bakal berakhir 2023.

Kontrak Salah masih belum diperbaharui.

Sebelum ini kelab telah menyambung kontrak baharu buat Virgil van Dijk dan Alisson.

Difahamkan Salah meminta gaji baharu 500,000 paun seminggu untuk kekal di Merseyside, yang mana nilai berganda dari gaji Van Dijk.

Setakat in, Salah terus mencipta gol yang menyaksikan dia berada dalam senarai perebutan Kasut Emas bersama Cristiano Ronaldo (Man United), Romelu Lukaku (Chelsea) dan Harry Kane (Spurs) Mei ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: