Antarabangsa

Pemain remaja Britain Emma lakar rekod Terbuka Amerika Syarikat

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Emma menjulang trofi kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat.

PEMAIN tenis remaja Britain Emma Raducanu dinobatkan sebagai juara Terbuka Amerika Syarikat selepas menewaskan Leylah Fernandez yang juga bintang muda dengan keputusan 6-4,6-3.

Ia sekaligus menyaksikan Emma muncul pemain wanita Britain pertama merangkul kejuaraan Grand Slam sejak Virginia Wade juara Wimbledon 1977.

Berusia 18 tahun, Emma juga muncul juara Grand Slam termuda selepas Maria Sharapova merangkul kejuaraan Wimbledon 2004 pada usia 17 tahun.

“Leylah selalu memberi cabaran sengit, dia adalah persaingan. Saya fikir tahap ini adalah sangat tinggi dan berharap kami boleh lagi bermain bersama untuk kejohanan seterusnya dan di pentas akhir,” ujar Emma.

Leylah,19, mengakui permainan Emma sangat menakjubkan.

Rekod juga memahatkan Emma apabila muncul pemain pusingan kelayakan pertama merangkul kejuaraan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: