Antarabangsa Bola Sepak

Liverpool sekadar menang tipis

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Henderson menjaringkan gol kemenangan buat pasukan mengatasi AC Milan, 3-2.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

LIVERPOOL sekadar menang tipis 3-2 ke atas AC Milan pada aksi pertama Kumpulan B Liga Juara-Juara 2021/22 yang berlangsung di Stadium Anfield sebentar tadi.

Tuan rumah terlebih dahulu berada didepan pada minit ke-perlawanan menerusi gol sendiri yang dijaringkan pertahanan pelawat, Fikayo Tamori dalam usaha menyekat rembatan Trent Alexander-Arnold.

Selang beberapa minit kemudian, tuan rumah seharusnya menggandakan kelebihan jaringan menerusi sepakan penalti namun, ayam tambatan The Reds, Mohamad Salah gagal menyempurnakan peluang berkenaan.

Dua gol dalam tempoh dalam tempoh dua minit dipenghujung babak perlawanan dijaringan pelawat menerusi Ante Rebic (m-42) dan Brahim Diaz (m-42) meletakkan pelawat didepan sebelum kedua pasukan beredar masuk ke bilik persalinan.

Salah menebus kehampaannya pada separuh masa pertama apabila menjaringkan gol penyamaan buat pasukan selang tiga minit separuh masa kedua bersambung sebelum ketua pasukan, Jordan Henderson meledak gol kemenangan menerusi sepakan dari luar kotak penalti pada minit ke-69.

Satu lagi perlawanan dalam kumpulan yang sama diantara Atlectico Madrid menentang Porto FC pula berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Tiga mata diraih Liverpool menyaksikan mereka unggul ditangga teratas Kumpulan B mengumpul tiga mata manakala Atlectico ditangga kedua dan Porto ketiga mengumpul satu mata manakala AC Milan kedudukan terakhir tanpa sebarang mata.

Lain-lain keputusan perlawanan yang berlangsung adalah seperti berikut :-

Kumpulan A
– Club Brugge (1) (1) Paris Saint Germain
– Manchester City  (6) (3) RB Leipzig
Kumpulan C
– Besiktas (1) (2) Borussia Dortmund

– Sporting CP (1)(5) Ajax Amsterdam

Kumpulan D
– Sheriff Tiraspol (2) (0) Shakhtar Donetsk
-Real Madrid (1) (0) Inter Milan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: