Bola Sepak

Skuad bola sepak wanita tiba di Palestin, selamat berjuang!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Skuad bola sepak wanita negara berlepas ke Palestin awal pagi Rabu. Foto: FAM

SKUAD Harimau Malaya Wanita tiba di Tebing Barat, Palestin pada Rabu bagi menghadapi saingan Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia Wanita 2022 bermula Ahad ini.

Seramai 23 pemain terpilih ke Palestin selepas hampir tiga minggu menjalani latihan secara kuarantin di bawah kendalian ketua jurulatih Jacob Joseph.

Skuad Malayan Tigress ini berada dalam Kumpulan H bersama tuan rumah Palestin dan Thailand dan pastinya cabaran yang getir buat mereka.

Namun, Jacob yakin pemain-pemain sudah melakukan persiapan terbaik biarpun tanpa sebarang perlawanan persahabatan sepanjang sesi latihan berlangsung.

“Saya memang  yakin dengan pasukan saya tetapi kena tengok lawan. Kalau jumpa Thailand, yang kita sedia maklum pencapaiannya sebelum ini… apa yang kita buat adalah perlu kurangkan jaringan lawan.

“Kalau jumpa Palestin kita harapkan dapat mengutip tiga mana. Pun begitu kita tidak boleh pandang remeh kerana baru-baru ini saya tengok mereka mengadakan perlawanan dengan Arab dan Nigeria.

Jacob yakin pemain-pemainnya mampu memberi saingan sengit.

“Namun kita pula tidak ada sebarang perlawanan persahabatan memandangkan tidak ada pasukan wanita lain untuk bermain,” jelasnya sebelum berangkat ke Palestin.

Kali terakhir skuad wanita negara beraksi pada tahun 2019 untuk aksi Sukan SEA di Filipina dan  Kejuaraan Wanita AFF 2019.

Sementara itu, pada saingan kelayakan ini 12 pasukan terbaik daripada 28 negara akan beraksi di pentas akhir Piala Asia Wanita 2022 yang bakal berlangsung di India pada 20 Januari hingga 6 Februari 2022.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: