Bola Sepak

Saingan Piala Malaysia 2021 dijangka penuh dramatik

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Majlis undian dihadiri oleh Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan (tengah) Ahli Lembaga Pengarah MFL, Christopher Raj serta Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam. Foto: MFL

 

Oleh: JJFIRDAUS

KEJOHANAN bola sepak tertua negara, Piala Malaysia kembali dipertandingkan semua tahun ini selepas edisi 2020 dibatalkan ekoran penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

Kini, tahun 2021 menyaksikan edisi ke-100 Piala Malaysia dianjurkan semula dengan TM sebagai penaja utama yang bakal menampilkan 16 pasukan yang bakal merebut piala berprestij ini.

Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah juara bertahan apabila berjaya menjulang kejuaraan pada 2019 apabila menewaskan Kedah 3-0 dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Edisi kali ini pastinya lebih dramatik apabila juara Piala Malaysia akan mendapat tiket ke Kejohanan Piala AFC 2022 mengiringi Kedah Darul Aman FC yang sudah layak sebagai naib juara Liga Super.

 

Menerusi undian yang dijalankan oleh pihak Malaysia Football League (MFL) secara maya, empat kumpulan telah terbentuk dengan setiap kumpulan dilihat bakal memberikan kisah yang pastinya mendebarkan.

Kumpulan B boleh dilabelkan sebagai kumpulan maut apabila meyaksikan pasukan Terengganu FC, Selangor FC, Perak FC dan pasukan tempat ketiga Liga Premier diundi bagi merebut dua tempat terbaik untuk melangkah ke pusingan kalah mati.

Selangor sebagai juara 33 kali pastinya ingin menggunakan platform ini untuk meneruskan misi 34 mereka sekaligus kekal menjadi pasukan paling cemerlang dalam Piala Malaysia.

Perak pula pastinya mahu melupakan mimpi ngeri turun ke Liga Premier dan membuktikan kepada penyokong bahawa mereka masih mampu beraksi dengan baik.

Terengganu FC pasti mahu menebus kehampaan gagal menamatkan liga di tempat kedua dan pastinya menggunakan Piala Malaysia sebagai tempat untuk merebut satu lagi tiket ke Asia.

Kumpulan A juga bakal menyajikan aksi menarik apabila Pulau Pinang, KL City, Sri Pahang dan naib juara Liga Premier bakal berentap dengan Pulau Pinang dan KL City dilihat sebagai pasukan pilihan.

Kedah dan Melaka United akan berhadapan dengan juara Liga Premier dan pasukan tempat kelima Liga Premier dalam Kumpulan C yang juga dilihat sebagai salah satu kumpulan yang sukar.

Pasukan JDT juara Piala Malaysia 2019.

Di atas kertas, saingan Kumpulan D bakal menyaksikan JDT tidak berdepan masalah untuk menjuarai kumpulan apabila diundi bersama-sama PJ City FC, Sabah dan pasukan kelima Liga Premier. Perebutan slot tempat kedua pastinya menjadi perhatian dalam kumpulan ini.

Mampukah JDT mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia kali ini atau akan ada pasukan lain yang mampu muncul juara sekaligus melayakkan mereka bertanding di peringkat kumpulan Piala AFC musim hadapan.

Piala Malaysia seringkali muncul dengan pelbagai magis dan sama-sama kita saksikan perebutan piala berprestij ini yang akan membuka tirai saingan pada 25 September ini sebelum final pada 30 November nanti.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: