Bola Sepak

Empat pegawai perlawanan Liga Premier digantung tugas tiga bulan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mohd Saifuddin berharap insiden yang telah berlaku akan menjadi pengajaran berguna kepada kesemua pengadil kebangsaan.

EMPAT pegawai perlawanan yang bertugas pada perlawanan Liga Premier pada 27 Ogos lalu digantung tugas selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan tersebut dibuat selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kali kedua bagi penggal 2021-2025 secara atas talian pada Khamis yang dipengerusikan oleh Datuk S. Sivasundaram.

Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM telah membincangkan insiden yang berlaku pada perlawanan Liga Premier 2021, Kelantan FC bertemu Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 27 Ogos 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiga mata penuh untuk kita… itu sepatutnya” – Tunku Syed Razman

“FAM menilai dan meneliti keseriusan insiden berkenaan dan berbincang secara panjang lebar mengenai prestasi empat pegawai perlawanan yang bertugas pada perlawanan tersebut.

“Keempat-empat pegawai perlawanan tersebut telah digantung tugas selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta.

Selepas tamat penggantungan itu, kesemua pegawai perlawanan  tersebut seterusnya akan hanya dilantik untuk tugasan bagi perlawanan Piala Presiden dan Piala Belia selama sembilan bulan.

Mereka juga akan dirujuk kepada Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri dan Pengurus Pembangunan Pengadil FAM untuk mengikuti program penambahbaikan prestasi sebelum boleh dinaikkan semula bagi mengadili perlawanan Liga Premier selepas tempoh tersebut.

FAM berharap agar insiden yang telah berlaku ini akan menjadi pengajaran berguna kepada kesemua pengadil kebangsaan supaya menjalankan tugas dengan penuh fokus dan komited pada setiap perlawanan yang akan datang,” jelas Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar dalam satu kenyataan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: