Bola Sepak

“Tiga mata penuh untuk kita… itu sepatutnya” – Tunku Syed Razman

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri

 

Oleh: SURYATI MOHD NOR

NEGERI Sembilan Football Club (NSFC) menegaskan kemenangan tiga mata penuh sepatutnya diberikan kepada Negeri Sembilan FC selepas Kelantan FC jelas melakukan pelanggaran peraturan perlawanan.

Namun, berdasarkan surat keputusan bantahan yang diterima NSFC pada 4 September, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hanya mengenakan denda sebanyak RM30,000 dan amaran keras kepada Kelantan FC supaya perkara ini tidak diulangi lagi serta tindakan sewajarnya turut diambil oleh pihak MFL terhadap Komisioner Perlawanan dan Pegawai-Pegawai perlawanan.

Keputusan bantahan tersebut dibuat selepas MFL mengadakan Mesyuarat Khas Malaysian Football League Pertama (2021-2025) pada 3 September lalu.

Menurut Pengerusi NSFC, YTM KOL (K) Kehormat Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin, yang juga merangkap President Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), pihaknya dalam proses menghantar surat rayuan kepada MFL.

“Kemenangan sepatutnya diberikan kepada kita.

“Ini sudah dinyatakan dalam peraturan Fifa dan ada contoh berlaku baru-baru di Liga Eropah di mana kemenangan telah diberikan kepada pihak pembantah,” jelas Tunku Syed Razman kepada CAKAP SUKAN.

Berdasarkan Manual Liga Malaysia Artikel 50 (Keputusan); 50.1 menyatakan; Segala keputusan yang telah ditetapkan berlandaskan peraturan ini adalah kekal. Walaubagaimanapun rayuan boleh dibuat dalam tempoh 14 hari selepas tarikh keputusan dikeluarkan.

Sebagai kronologi, isu tersebut timbul berikutan kesalahan pertukaran pemain yang dilakukan ketika aksi Kelantan FC bertemu Negeri Sembilan FC pada 27 Ogos lalu yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad IV.

Insiden tersebut menyaksikan tuan rumah telah membuat pertukaran pemain seramai lima orang dengan membuat empat kali sesi pertukaran bukan seharusnya hanya tiga sesi pertukaran yang dibenarkan seperti tertera dalam perlembagaan MFL ia memberi impak dan mempengaruhi keputusan perlawanan.

Susulan itu, Negeri Sembilan FC telah melakukan bantahan pada 30 Ogos kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Perlawanan tersebut menyaksikan Kelantan FC menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan FC.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: