Bola Sepak

JDT ajak semua penyokong rai kejayaan Ahad ini

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: JJFIRDAUS / Foto: JDT

KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mula membuka pendaftaran buat para penyokong yang mahu sama-sama meraikan sambutan kejuaraan kelapan Liga Super yang bakal berlangsung pada Ahad, 12 September ini.

Menerusi hantaran di laman sosial rasmi kelab, penyokong yang mahu berkongsi kegembiraan ini perlu melengkapkan pendaftaran dan mematuhi SOP ketat yang telah ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sambutan secara ‘in-car viewing party’ ini adalah kali kedua dilakukan JDT selepas melakukan perkara yang sama ketika sambutan kejuaraan ketujuh tahun lalu.

Hanya mereka yang sudah melengkapkan dos vaksinasi dibenarkan masuk dengan kapasiti penuh kenderaan manakala mereka yang belum lengkap perlu menyediakan bukti ujian calitan negatif dengan hanya dua orang dibenarkan di dalam kenderaan.

Beberapa acara pastinya sudah dirancang oleh JDT untuk para penyokong malam itu. JDT sememangnya terkenal dengan sambutan kejuaraan besar-besaran dengan persembahan bunga api yang memukau.

Ini bolehlah dilihat sebagai tanda penghargaan JDT kepada para penyokong yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kelab walaupun dalam suasana pandemik yang menghalang kemasukan mereka ke stadium.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: