Antarabangsa

Selepas lapan tahun, isteri dedah ayat terakhir Schumacher sebelum insiden malang di Alps

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Schumacher gemar bermain ski.

 

SELEPAS lapan tahun ‘mengunci mulut’, isteri kepada ikon Formula Satu (F1) Michael Schumacher kini berkongsi kisah tragis yang menimpa suaminya itu.

Corinna,52, mengakui dia sentiasa rindukan Michael setiap hari.

“Michael ada sini… berbeza tetapi ada. Dia sentiasa menunjukkan semangat yang kuat setiap hari,” kongsi Corinna dalam satu dokumentari baharu Nefflix ‘Schumacher’ mengenai kisah hidup pelumba Jerman itu.

Insiden malang yang menimpa juara dunia tujuh kali F1 ini berlaku ketika bermain ski di Meribel, Pergunungan Alps 2013.

Corinna bersama Schumacher di Itali 2005.

Namun menurut Corinna, sebelum bermain, Schumacher merungut mengenai keadaan salji di Alps dan bercadang untuk pergi ke Dubai.

“Sebelum kejadian berlaku di Meribel, dia memberitahu kepada saya, “Salji tidak di tahap optimum. Kita boleh terbang ke Dubai dan pergi ‘skydiving’ di sana.”

Ia adalah ayat terakhir yang dikatakan oleh bapa kepada dua orang anak ini sebelum berlanggar dengan bongkahan batu yang menyebabkan dia cedera dan koma selama enam bulan.

Ketika kejadian Schumacher turut ditemani anaknya, Mick berusia 14 tahun pada masa itu.

Sejak itu, Schumacher dijaga secara rapi dan tertutup di kediamannnya di Lake Geneva di Switzerland tanpa berkongsi sebarang maklumat perkembangan kesihatan Schumacher.

Schumacher sentiasa memastikan privasi keluarga.

Kami selalu melihat perlumbaan yang selamat daripadanya. Sebabnya itulah saya yakin dia mempunyai beberapa ‘penjaga’ yang mengawasinya.

“Saya tidak pasti jika ia ‘dinding perlindungan’ yang bina untuk diri sendiri atau kerana anda terlalu naif – tetapi bagi saya mudah sahaja… jika ia tidak berlaku kepada saya, apa-apa sahaja boleh berlaku kepada Michael.

“Saya tidak pernah menyalahkan Tuhan di atas apa yang berlaku sekarang.Ia (insiden) adalah nasib malang, semua orang ada nasib buruk dalam kehidupan.”

Corinna juga sebelum ini turut dikritik kerana ‘over protective’ termasuk daripada bekas pengurus suaminya, Wili Weber yang mendakwa dia telah daripada hidup pelumba itu.

Bagi Corinna, dia sentiasa memastikan Schumacher ada privasi dan sebab itulah dia tidak berkongsi sebarang perkembangan mengenai suaminya.

Corinna kekal menyimpan perkembangan Schumacher kerana privasi penting bagi keluarganya.

Namun Corinna memberitahu, semua ahli keluarga mengambil bahagian ketika sesi terapi dan Schumacher dijaga oleh semua.

“Kamu terus mencuba (hadapi situasi) sebagai sebuah keluarga, seperti mana yang selalu dia amalkan. Kami tinggal bersama. Kami jalani terapi. Kami lakukan segalanya bagi memastikan Michael lebih baik dan selesa.

“Kami teruskan hidup, ‘privasi tetap privasi, seperti yang selalu dia mahukan. Jadi ia sangat penting untuk dia teruskan kehidupannya sebaik mungkin.Micheal sentiasa melindungi kamu, kini kami pula melindungi Michael,” jelasnya.

Corinna dan Schumacher berkahwin pada tahun 1995, dikurniakan dua orang anak, Gina 24 dan Mick,22, yang kini mengikut jejak langkah bapanya berlumba dalam F1.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: