Antarabangsa Bola Sepak

Maguire berang tindakan Glik

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Maguire ternyata berang dengan tindakan Glik yang didakwa mencekik dagu Walker.

PERTIKAMAN lidah yang membawa kepada layangan kad kuning buat Harry Maguire dan Kamil Glik mewarnai saingan Kumpulan I kelayakan Piala Dunia 2022 di antara England dan Poland, awal pagi tadi.

Maguire dilihat tidak menyukai sikap pemain pertahanan Poland itu yang mencekik dagu dan leher Kyle Walker sebelum separuh masa yang membawa kepada campur tangan beberapa pemain lain.

Perselisihan Maguire dan Glik diselesaikan pengadil dengan masing-masing mendapat kad kuning, sebelum dibenarkan masuk ke bilik persalinan.

Bagi ketua pasukan Three Lions, kejadian yang berlaku pada babak pertama itu telah dilaporkan kepada Persekutuan Bola Sepak Inggeris (FA).

“Mereka akan mengurusnya dan menyiasatnya. Kami tidak berpeluang melihat ulangan dan bercakap dengan rakan-rakan,” kata Kane, yang dipetik oleh The Sun.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Nasional , Warsaw itu berkesudahan dengan keputusan 1-1.

Pelawat terlebih dahulu berada didepan menerusi Harry Kane pada minit ke-72 sebelum Damian Syzmanski menyelamatkan tuan rumah hasil jaringan pada minit akhir perlawanan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: