Bola Sepak

UiTM FC hampir kuliahkan Kedah Darul Aman FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Baddrol menjaringkan gol pertama buat Kedah pada perlawanan yang berkesudahan dengan seri 3-3.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KEDAH Darul Aman FC hanya sekadar berjaya meraih satu mata ketika berdepan dengan pasukan yang sudah pun tersingkir ke Liga Perdana musim depan, Uitm FC pada aksi di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Keputusan seri 3-3 yang diraih tuan rumah ini memastikan skuad bimbingan Aidil Shahrin Sahak berkongsi 40 mata dengan Penang FC yang berada dikedudukan kedua.

Pada aksi yang berlangsung dalam keadaan padang licin ekoran hujan, Lang Merah terlebih dahulu berada didepan hasil jaringan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-37 namun gol berkenaan hanya bertahan tiga minit apabila Dennis Buschening menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti.

Babak kedua memperlihatkan aksi menarik dipamerkan kedua pasukan dengan pelawat dua kali mendahului tuan rumah menerusi jaringan pemain import dari Korea Selatan, Kwon Yong hyun pada minit ke -47 dan Ariff Ar- Rasyid (m-64).

Ketinggalan dua gol menyaksikan serangan berterusan dijelmakan Kedah bagi memburu gol dan mereka berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Fikhril Zulkiflee (m-74) sebelum Kipre Tchetche menyelamatkan maruah tuan rumah menerusi gol penyamaan pada minit ke-8.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: